PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Wednesday, April 24, 2013

UPDATE

Sudah 14 hari... 

Boleh display gambar ni jek.. heheh.. Tuan punya baju belum ready lagi nak enter frame...  Masih terus menghitung tempoh yang berbaki dengan sabar (cam tak kene jek)

Tuesday, April 2, 2013

BAJU UNTUK DIRI SENDIRI

Sekarang ni nak keluar jenjalan mesti termenung dulu merenung baju-baju yang ada. Last2 amek baju yang sama. Nape..? Sebab yang lelain tu dah sendat abis. Kesian kat diri sendiri. Semalam lepas wat seluar2 belang tuk orang2 umah, memang terfikir nak buat sesuatu untuk diri sendiri. Tapi memang payah nak digerakkan sebab terfikir plak berapa hari sangat la boleh pakai baju tu nanti. Fikir punya fikir, datang lah idea nak wat sehelai baju yang boleh pakai hari ni dan beberapa bulan lagi. 
Plan pun bermula untuk wat maternity dress + nursing dress.. Yeaahaaa...
Tak sampai 2 jam... dah dapat sehelai... Dress purple polkadots.


Zip depan ni sesuai untuk nursing baby nanti huhu. (next time pakai concealed zipper plak). Nanti saya tambah bahagian nursing tu n update dengan gambar ek. Lehernya saya wat bias binding dari kain yang sama (kes terlupa wat lapik leher setelah sambung bahu huhuh) Ada lagi yang lupa2. Almaklumle, nak cepat siap. Tak sabo nak pakai.


Menarik kan corak bunga yang kontras di bahagian kaki dress.

Dah pakai pun masa amek anak dari sekolah tadi. Dalam hujan renyai2 tu boleh berpeluh. Mengalahkan orang wat kerja kat panas terik. Hormon oh hormon..
Ada lagi yang perlu ditambah pada dress ni. Casing untuk tali baju supaya bile perut dah takde nanti, boleh lah dijerut bahagian pinggang tu. Nanti kita update gambar yek.
Tata...

Monday, April 1, 2013

GATAL TANGAN


Dalam tak larat, tangan gatal gak nak menggodek mesin jahit. Lantas daripada ini,
bertukar menjadi yang ni,



dan yang last sekali jadi cenggini, kene tambah kain polkadot kat pinggang dek kerana tak cukup kain.

on the same day, seme dah pakai.  Mujur lah perut yang dah sarat ni tidak memungkinkan untuk memakai seluar cenggini. Kalau tak, mahu 4 sekeluarga pakai seluar sedondon.

masih lagi menghitung waktu.... salam...