PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Monday, July 30, 2012

IT'S THE BLUE

Assalamualaikum all.. Dah 10 hari berlalu ramadhan. Sekejap sangat rasanya. Dek kerana tiada aktiviti makan-makan di waktu tengahari, maka rasanya hari-hari lah saya update blog. Terlebih sudah..

Hari ni nak preview dress biru. Kain hari tu. Biru. Dah siap untuk kedua-dua anak dara. Ni pose dari the second princess.
floor length as requested by the owner
Gaya duduk plak.

The big sister takde mood nak bergambar. Dok tengok cite kartun. Tanak kacau lebih-lebih. 

Ada orang dah sound, baju melayu tak siap lagi. Heheehhe... Almaklumle "projek free" katanya. Saya tak kata apa. :)

Till next post.

Sunday, July 29, 2012

ORDER FROM AZLINA, ARAU - BARUT

Thanks to Azlina from Arau. She ordered 2 sets of baby wrap (barut). I ran out of flannel, so asked her if she would take cotton fabrics. She was so kind to say yes. And here it is.
4 pieces from flannel
3 pieces made out of english cotton
Ready to be delivered tomorrow.

Saturday, July 28, 2012

JALAN-JALAN CARI KAIN

Ingat kan tak ramai orang hari ni kat Nilai3. Rupa-rupanya tersilap. Aduih.. Pose2 ni rasa nak dok umah jek. Saya yang dekat pun bajet cari kain then balik. Ni dengan anak-anak kecik, siap bawak stroller jenjalan. Respek sungguh kat pembeli-belah di Malaysia nih. Huhu..
Hasil carian saya hari ni.
Terus gunting. Nak sket je pun. Will update tomorrow.

Wednesday, July 25, 2012

BEG IQRA'

Beg ni sebagai denda kerana telah menghilangkan Iqra' dua kali. Rasanya tak hilang pun, cuma salah letak kat sekolah dia. Dah almost seminggu tak mengaji kat sekolah sbb Iqra' takde. 

Pakai beg besar kita tak tau pun ada ke tak benda dalam tu. Dan takde le rajin sangat nak check beg dia. Sampai dah seminggu tak sedar buku anak dah takde. Sibuk beno gamaknya.
Beg ni saya wat masa try2 jahit beg dulu. Dah tak excited nak jahit beg. Kurang kepuasan. 
Ingatkan dia tanak pakai sebab dah biasa pakai beg Power Rangers (zaman orang pakai angry bird dia masih minat power rangers!) Rupa-rupanya excited sangat nak pakai.
Siapa lah ajar bawak beg camtu. Budak-budak zaman le ning. "Satu lagi gamba Ma."
Balik sekolah tadi pun cenggitu le gayanya. Sape tak suka pakai barang baru. Ni silap-silap malam raya, kasut dok kat sebelah bantal. Macam kita dolu-dolu gak. Anda setuju?


Sunday, July 22, 2012

IT LOOKS BLUE




Memang biru pun. Kain baru beli (guess where..? nilai square huhu) Tayang skets..
dope dyed foil print collection

 sekali kene tengok senget daa... memang sekali pandang dah berkenan. Nak wat canne... Setelah tawar menawar, tak dapat tawar, nak angkat kaki, last2 dapat gak beli dengan harga yang rasa memuaskan hati. Tengok sekali lagi...!!
For my next project for Raya.. Ingat nak wat cenggini.

hasil carian di pinterest

Nanti kita tengok hasilnya yek..