Beg ni sebagai denda kerana telah menghilangkan Iqra' dua kali. Rasanya tak hilang pun, cuma salah letak kat sekolah dia. Dah almost seminggu tak mengaji kat sekolah sbb Iqra' takde.
Pakai beg besar kita tak tau pun ada ke tak benda dalam tu. Dan takde le rajin sangat nak check beg dia. Sampai dah seminggu tak sedar buku anak dah takde. Sibuk beno gamaknya.
Beg ni saya wat masa try2 jahit beg dulu. Dah tak excited nak jahit beg. Kurang kepuasan.
Ingatkan dia tanak pakai sebab dah biasa pakai beg Power Rangers (zaman orang pakai angry bird dia masih minat power rangers!) Rupa-rupanya excited sangat nak pakai.
Siapa lah ajar bawak beg camtu. Budak-budak zaman le ning. "Satu lagi gamba Ma."
Balik sekolah tadi pun cenggitu le gayanya. Sape tak suka pakai barang baru. Ni silap-silap malam raya, kasut dok kat sebelah bantal. Macam kita dolu-dolu gak. Anda setuju?
No comments:
Post a Comment