Sudah lama tidak menjenguk ke blog. Sibuk menyiapkan tempahan terakhir. Sambil tu mempersiapkan diri ke fasa bersalin dan berpantang. 5 tahun sejak kelahiran anak ke2. Entah macam mana lah feel dengan anak ke3 nih. Kali ni lain sket kot.. al maklumlah anak pertama dijaga oleh ibu sendiri. Anak ke2 mertua yang jaga. So, anak ke3 ni saya memilih untuk berpantang sendiri jek dek kerana kak long dah masuk sekolah. Ramai yang kata kalau berpantang sendiri ni, chances untuk 'ngelat' tu memang tinggi lah. Almaklum takde sape yang nak tengokkan. Tapi kalau sayangkan diri sendiri kene lah tetap menjaga. Tak kira ada orang tengok ke tak. Betui kan..?
Okeh, jenguk sket apa ada dalam bilik jahit saya sekarang nih.
Order from a single customer. Untuk majlis kahwin. Dah separuh jalan saya kerjakan. Harap2 sempat siap dan owner akan bermurah hati untuk allow saya tayang gambar2 deorang with the finished product kat blog saya yang tak seberapa ni.
peach |
Kain peach ni nak wat sepasang kurung biasa, 3 pasang kurung moden dewasa dengan kain flowy dan 4 pasang kurung peplum kanak-kanak. Cadangan nak wat kain berpanel. Plan to cut esok hari.
baru habis tikam leher |
Yang ni baju kurung yang dah siap. Tinggal nak jahit mata lalat jek. Sesambil nengok tv boleh la dikerjakan.
So sampai sini dulu. Tata...
No comments:
Post a Comment