Salam semuanya,
Hari ni nak menayangkan edisi
pertama baju kurung raya. Nursing Kurung Moden. Warna maroon yek.
Japanese cotton. Memang sedap dipakai.
Macam biasa, ada nursing
opening kat depan. Inner from the same fabric.
Hujung lengan bergetah. Tak
payah nak susah menyenteng lengan tatkala nak menukar lampin baby dan yang
sewaktu dengannya.
Kain plak kes salah potong.
Asalnya nak merasa pakai kain yang jenis flowy tu. Teringin plak tengok kain
yang customer tempah hari tu. Tapi dah takde rezeki namanya, tersalah potong.
Selepas pusing pening memikir, akhirnya terhasillah kain ‘godet’ nih.
Pun tak
menjadi 100%. Sepatutnya kain ni panelnya dari atas sampai bawah. Apakan daya
yang ni terpaksa di’godet’kan dari lutut kuikui. Harap2 takde lah yang perasan
sangat (bukan seme yang jaga tepi kain orang kan heheh)
Tata..