PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Saturday, June 29, 2013

NURSING KURUNG MODEN


Salam semuanya,

Hari ni nak menayangkan edisi pertama baju kurung raya. Nursing Kurung Moden. Warna maroon yek. Japanese cotton. Memang sedap dipakai. 




Macam biasa, ada nursing opening kat depan. Inner from the same fabric. 


Hujung lengan bergetah. Tak payah nak susah menyenteng lengan tatkala nak menukar lampin baby dan yang sewaktu dengannya.

Kain plak kes salah potong. Asalnya nak merasa pakai kain yang jenis flowy tu. Teringin plak tengok kain yang customer tempah hari tu. Tapi dah takde rezeki namanya, tersalah potong. Selepas pusing pening memikir, akhirnya terhasillah kain ‘godet’ nih. 


Pun tak menjadi 100%. Sepatutnya kain ni panelnya dari atas sampai bawah. Apakan daya yang ni terpaksa di’godet’kan dari lutut kuikui. Harap2 takde lah yang perasan sangat (bukan seme yang jaga tepi kain orang kan heheh)

Tata..

No comments:

Post a Comment