PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Friday, February 28, 2014

JUBAH A CUT PRINCESS

Mari potong kain.. actually dah potong kain ni on 18th Feb aritu. Masa tu tengah siapkan tempahan jubah customer. Ni kire melarikan diri sekejap dari tempahan yang kadang2 leceh nak siapkan.

Cam biasa sekarang semua jubah untuk diri sendiri kene letak zip.. almaklum, baby ku masih breastfeed. Alhamdulillah susu masih banyak. Rezeki anak. Meh layan gambo.

sebelum

Kembang kan jubah nih.. Senang nak buka langkah. Lagipun bile jalan ala2 ayu gitu.. ekekekek.. ayu beno kome..

Thursday, February 27, 2014

BABY DRESS

Dah lama (ye ke..?) tak menjahit dress utk baby ku. Last sekali peasant dress yang ala2 kelabu tu. Ini kali dress untuk si comel pakai kain perca jek.. hah.. perca jangan dibuang yong... boleh gak wat baju anak.. tapi anak yang kecik2 je le...

Kain lycra denim ni lebih wat jubah baru2 nih. Sebenonya malas gak nak mengerjakan perca2 ni. almaklum kne pikir lebih sket tang nak fit kan saiz perca tu ngan saiz dress tu. Tapi hasilnya memang tidak mengecewakan.


 Model dah boleh jalan2 sket. Lari je lah kejenya. Susah betui nak dok diam.Ni celah kerusi nyoroknya..


Pandangan belakang, ada butang satu. Skirt2 tingkat je... dah malas nak sambung2 kain. Kang lain lak jadinya. Dah pakai pun gi amek kakak2 kat skolah. Boleh lah.. berangin je.


Wednesday, February 19, 2014

A - CUT BLOUSE

Memang dah addicted to this new pattern. Bukan sahaja kerana senang nak potong dan jahit, ianya sangat selesa. Blouse pink ni, kene sambung kat hujung lengan tu sebab saya pakai kain bidang 45". Kalau x suka nak menyambung hujung lengan tu, guna kain bidang 60" ye.. Oh ya... satu lagi option, letak cuff kat hujung lengan tu... kan sekarang tengah glamer cuff yang panjang sket tu. eheheh.. Meh kite layan gambar..

Sehelai lagi blouse a-cut. Yang ni lain sket sbb saya potong bodice di empire line. Nak letak nursing zip kat garisan tu. So yang ni blouse a cut versi nursing. Yang ni x sambung hujung lengan walaupun saya guna kain bidang 45" je. Masa potong tu pola tu letak menegak lah pada kain. Yang tukang jahit memang tahu la ni.


Cantik plak letak lace putih. Selain nak tambah seri pada blouse ni, lace tu berfungsi utk menutup bukaan zip... in case lupa nak zip balik lepas pakai.. opppsss.. accident la kirenya...

Kat pergelangan jahit getah 4 line, senang nak menyinsing lengan.


Kalau perasan, bahagian bawah blouse ni macam flair sikit. Saya potong ala2 peplum, tapi 3/4 circle je. Tanak la kembang sangat. Herm.. Bagi yang pregnant perut tak berapa besar lagi boleh je pakai blouse nih. Selesa...

Friday, February 14, 2014

JUBAH FOR NURSING

Lagi jubah a cut. Kali ni ada nursing function. Zip di garisan empire. Material denim lycra. Berminat? Sila ke facebook.com/juneazmira



Thursday, February 13, 2014

JUBAH A CUT

Fesyen jubah ala-ala abaya tengah in sekarang. For me it is comfortable especially at the arm area. Laweh kata org perak heheh...Nak potong pun senang. One piece only.

Saya pun terpanggil lah nak mencuba pattern ni. Maka terlahirlah jubah2 nih. Koleksi peribadi? Dak aih... ini koleksi 'pattern testing' So saya nak jual murah2 jek.

Here we go...

1. JUBAH AMEERA - HITAM
    MATERIAL : JAPANESE COTTON
    SAIZ : BAHU 15", PANJANG LENGAN 21", LABUH 51"
    HARGA : RM65
    KEMASAN LENGAN DENGAN ROSES LACE


2. JUBAH AMEERA -KUNING
    MATERIAL : JAPANESE COTTON
    SAIZ : BAHU 15", PANJANG LENGAN 21", LABUH 51"
    HARGA : RM65
    KEMASAN LENGAN DENGAN ROSES LACE BUBBLE STYLE


3. JUBAH AMEERA - PUTIH
    MATERIAL : JAPANESE COTTON
    SAIZ : BAHU 15", PANJANG LENGAN 21", LABUH 51"
    HARGA : RM65
    HUJUNG LENGAN BERGETAH


Sekiranya berminat sila hubungi untuk pertanyaan atau ke facebook.com/juneazmira

Saturday, February 1, 2014

POLKADOTS

Projek sementara baby tidur. 10 minit dah siap. Dari perca jek. Boleh le pakai amek kakak2 dari sekolah.