PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Wednesday, February 19, 2014

A - CUT BLOUSE

Memang dah addicted to this new pattern. Bukan sahaja kerana senang nak potong dan jahit, ianya sangat selesa. Blouse pink ni, kene sambung kat hujung lengan tu sebab saya pakai kain bidang 45". Kalau x suka nak menyambung hujung lengan tu, guna kain bidang 60" ye.. Oh ya... satu lagi option, letak cuff kat hujung lengan tu... kan sekarang tengah glamer cuff yang panjang sket tu. eheheh.. Meh kite layan gambar..

Sehelai lagi blouse a-cut. Yang ni lain sket sbb saya potong bodice di empire line. Nak letak nursing zip kat garisan tu. So yang ni blouse a cut versi nursing. Yang ni x sambung hujung lengan walaupun saya guna kain bidang 45" je. Masa potong tu pola tu letak menegak lah pada kain. Yang tukang jahit memang tahu la ni.


Cantik plak letak lace putih. Selain nak tambah seri pada blouse ni, lace tu berfungsi utk menutup bukaan zip... in case lupa nak zip balik lepas pakai.. opppsss.. accident la kirenya...

Kat pergelangan jahit getah 4 line, senang nak menyinsing lengan.


Kalau perasan, bahagian bawah blouse ni macam flair sikit. Saya potong ala2 peplum, tapi 3/4 circle je. Tanak la kembang sangat. Herm.. Bagi yang pregnant perut tak berapa besar lagi boleh je pakai blouse nih. Selesa...

No comments:

Post a Comment