PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Thursday, March 13, 2014

SIMPLE BABY DRESS - A TUTORIAL


Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, inilah tutorial baby dress yang x seberapa dari saya. Hopefully, semua yang mengikuti tutorial ini berjaya menghasilkan sehelai dress yang cantik dan yang akan membuat anda tersenyum lebar kerana telah berjaya menghasilkannya SENDIRI. 

Tanpa berlengah lagi, seperti yang telah saya post dalam fb sebelum ini, potong kain anda mengikut pola tersebut.
pakai kertas flyers jek... heheh
 
Anda akan dapat 2 keping bahagian badan dan 2 keping bahagian lengan.



Teruskan dengan jahit tepi. (saya x jahit tepi semua satu masa heheh.. jimat benang kuikui)




   Kelim bahagian hujung lengan. Saya suka pakai jahitan zig zag ni utk pakaian baby n kanak2.. cute.
 



Cantumkan sebelah luar bahagian badan dan lengan. 

Jahit sehingga sampai ke bahagian hujung lengan shj. jgn sampai habis lengkok tu ye.


 Anda akan dapat hasil yang macam ni. 


Teruskan mencantum kedua-dua bahagian di atas.


Hasil nya akan jadi camni. Dah nampak bentuk dress kan..


Kelim pada garisan leher untuk diletakkan getah. Jangan lupa tinggalkan ruang sikit untuk masukkan getah ye.

Teruskan memasukkan getah. Panjang getah bergantung pada luas leher kanak2. Pastikan selesa. Kalau pendek sangat getahnya, nanti leher baju jadi kecil, kalau panjang sangat getahnya, luas sangat nanti lehernya. Seksa plak. Untuk baby saya ni, saya pakai 14". Bila dah selesai, jahit kan getah tu, jangan bg terputus. Ini cara saya.. 


Tutupkan (jahit) semula ruang yang ditinggalkan untuk getah tadi.


Akhir sekali, cantumkan badan dress tu. Kemudian kelim. Dah pun siap. Yang ni pattern sama cam dress yang belang2 tu.

Yang ni bahagian ruffles untuk dress polkadot ni. Ukuran ruffles ni adalah 2 kali lebar baju, meriah sket. Tinggi ruffles 2.5". Ni ikut suka lah kan.. Nak tambah boleh, kalau tanak tambah pun ok. Just kelim je bawah dress tu.

Kaedah saya wat kedut2 ni tradisional sket, banyak pakai pin. Dan ini lah hasilnya.


Memang puas hati buat baju untuk anak2 sendiri. Biar orang x puji pun. Janji kite happy kan.

Ok lah selamat mencuba. Tuto ni berdasarkan apa yang saya praktis masa wat baju ni, maybe ada yang tertinggal or tercicir. Maafkan saya kalau ada yang masih samar2. Boleh pm saya di fb saya. Insya allah saya cuba jawab.

Friday, March 7, 2014

JUBAH A CUT LAGI

Sessi menayang. Ni tempahan dari kawan masa belajar kat Manjung dulu. Dari pemilihan kain sampai lah kepada pattern, diserahkan kepada saya. Pening gak nak pilih untuk orang nih. Last2 wat theme brownish.. Terhasillah jubah ni.


Nak plak rasanya wat untuk diri sendiri. Nak pilih tema merah hitam boleh..? ehehhehe...
Berminat nak tempah ngan saya.. herm... murah2 jek... rm35 sehelai. Calling2 ye.