Assalamualaikum..
Seperti yang dijanjikan, inilah tutorial baby dress yang x
seberapa dari saya. Hopefully, semua yang mengikuti tutorial ini berjaya
menghasilkan sehelai dress yang cantik dan yang akan membuat anda tersenyum
lebar kerana telah berjaya menghasilkannya SENDIRI.
Tanpa berlengah lagi, seperti yang telah saya post dalam fb
sebelum ini, potong kain anda mengikut pola tersebut.
pakai kertas flyers jek... heheh |
Anda akan dapat 2 keping bahagian badan dan 2 keping
bahagian lengan.
Teruskan dengan jahit tepi. (saya x jahit tepi semua satu
masa heheh.. jimat benang kuikui)
Kelim bahagian hujung lengan. Saya suka pakai jahitan zig
zag ni utk pakaian baby n kanak2.. cute.
Cantumkan sebelah luar bahagian badan dan lengan.
Jahit sehingga sampai ke bahagian hujung lengan shj. jgn sampai habis lengkok tu ye.
Anda akan dapat hasil yang macam ni.
Teruskan mencantum kedua-dua bahagian di atas.
Hasil nya akan jadi camni. Dah nampak bentuk dress kan..
Kelim pada garisan leher untuk diletakkan getah. Jangan lupa tinggalkan ruang sikit untuk masukkan getah ye.
Teruskan memasukkan getah. Panjang getah bergantung pada luas leher kanak2. Pastikan selesa. Kalau pendek sangat getahnya, nanti leher baju jadi kecil, kalau panjang sangat getahnya, luas sangat nanti lehernya. Seksa plak. Untuk baby saya ni, saya pakai 14". Bila dah selesai, jahit kan getah tu, jangan bg terputus. Ini cara saya..
Tutupkan (jahit) semula ruang yang ditinggalkan untuk getah tadi.
Akhir sekali, cantumkan badan dress tu. Kemudian kelim. Dah pun siap. Yang ni pattern sama cam dress yang belang2 tu.
Yang ni bahagian ruffles untuk dress polkadot ni. Ukuran ruffles ni adalah 2 kali lebar baju, meriah sket. Tinggi ruffles 2.5". Ni ikut suka lah kan.. Nak tambah boleh, kalau tanak tambah pun ok. Just kelim je bawah dress tu.
Kaedah saya wat kedut2 ni tradisional sket, banyak pakai pin. Dan ini lah hasilnya.
Ok lah selamat mencuba. Tuto ni berdasarkan apa yang saya praktis masa wat baju ni, maybe ada yang tertinggal or tercicir. Maafkan saya kalau ada yang masih samar2. Boleh pm saya di fb saya. Insya allah saya cuba jawab.
No comments:
Post a Comment