PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Sunday, December 30, 2012

BARUT - STOCK CLEARANCE

Nak clear stock lama nih. 

Barut bayi
Ada 2 warna dengan corak yang sama.

Material   :   Cotton flannel
Tali           :   Ready made ( saiz lebar dari biasa, lebih kukuh )
Saiz         :    approx 21" X 5.5"
Harga      :    RM 4.50 (before RM 5.50) sehelai
Available 9 pcs only.

Bedung bayi

Material   :   Cotton flannel
Saiz          :    approx 36" X 36"
Harga      :    RM 13 (before RM 15 sehelai)
Available 2 pcs only (warna dan corak sama dengan barut)

Sila hubungi june (019-698249, nilai) atau yati (012-3976157, shah alam) COD area Nilai dan Shah Alam sekiranya berminat.

UPDATE : DAH CLEAR...

Wednesday, December 19, 2012

BARUT BAYI MURAH

Berjumpa lagi kita. Hari ni nak update stok barut baby. Confirm murah hehehe....

lengkung elak terkena najis
'top stitching' untuk kekemasan extra


Material   :    Barut dan tali dari kain cotton biasa
Saiz           :    + / - panjang 18", lebar 5.5"
                       tali 28" x 0.5"
Harga       :    RM 3.80 sehelai
                       Beli 10 helai RM 3.60
                       Beli 20 helai akan dapat pos percuma
Warna       :   Biru gelap, biru laut dan putih (warna lain akan saya update)


Sila call atau e-mail sekiranya berminat.

Monday, December 17, 2012

SUDAH SIAP

Hai semua... Melalui hujung minggu yang sukar. Membuat kunjungan ke klinik, hospital, klinik dan hospital. Menghadapi saat-saat begini, mengingatkan betapa pendeknya jangka hayat yang boleh diberikan Allah SWT. Bila-bila masa sahaja kesihatan kita, kesenangan hidup kita boleh ditarik balik olehNya. Bagaimanapun Alhamdulillah, ujianNya yang sementara itu dapat dilalui dengan kesabaran. Sesungguhnya kita tidak akan diuji dengan perkara yang kita tidak mampu untuk menanganinya. Bagi saya ia satu peringatan untuk diri saya dan keluarga, ujian datang tanpa amaran dan tanpa kita menjangkanya.

Berbalik pada cerita tentang projek terbaru saya, akhirnya siaplah keperluan baby yang pertama saya sediakan. Sehelai sarung tilam. Maybe akan ada sehelai lagi menyusul. Takkan nak pakai tak basuh, ye tak..?
Ada kacau sket kat boder, kes tak cukup kain. :) Dan saya letakkan lace putih yang comei jek. Kang letak beso2 over la pulak.
Backing sarung tilam, saya pakai dark blue cotton. Kalau comot pun tak nampak sangat kan. Okeh.. Hasil nya cukup memuaskan hati saya sebab ini percubaan pertama. Still ada yang boleh diperbaiki. Insya Allah. 

And i am ready to take custom orders for this product. Upah RM 12 untuk sarung tilam biasa, RM 25 untuk patchwork. Material by customer.

Till we me again.

Friday, December 14, 2012

SARUNG TILAM BABY

Rasanya saya sudah ketagih memotong dan mencantum kain kecik2. Buktinya... haha..


Ada lebihan kain wat baju tidur anak-anak lama dulu.. Saya combine dengan kain hijau polkadot hijau juga lebih wat baju tidur deorang. Dah potong, jahit dan potong kali kedua..

Jadi segtiga tu..! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Saya cari jalan kat internet le... maka semua nya dah cantum dan jadi cenggini.

Saya tak ingat le pattern ni nama pe. Boleh tahan le untuk percubaan kali pertama wat ikut pattern. Letak border dari kain yang sama. Kita tengok full view hehehh (macam kembang setaman jek...)

Dek kerana kes tak cukup kain, maka terjadilah tampalan pada border tu. Ada nampak cacat sket. Tapi takpe... saya cukup puas ati. Tinggal nak letak lapik belakang jek. Lepas ni boleh tayang le sarung tilam for my 3rd baby yang dijangka lahir pada April ni. 
Ada sesapa nak try hasil kerja tangan saya..? Upah..? Tak tau le nak quote. Nanti kite pikirkan yek.. (ada hati gak nak amek tempahan..!)


Monday, December 10, 2012

SIAP SUDAH

Setelah berpenat lelah masa kenduri kahwin adik pada 8 Dec aritu, maka saya pun pulang semula ke Nilai... tempat perantauan. Sedih gak nak tinggal kampung (cewah.. jiwang) almaklum lebih 2 minggu dok ngadap muka mak ayah dan adik2 yang lain. Life must go on... Nanti kita balik kampung lagi.
 Back to the story... projek jahitan yang tertangguh saya dah mulakan balik. Tak sabo2 nak sudahkan and tengok hasilnya. Setelah diletakkan border... tadaaaa..

 Purple border for adik.

Pink for kak long. And they are ready to be used tonight...


Memang lain kepuasan dapat hasilkan something for our own use. Tak dapat nak digambarkan.
Saya cuma pakai cotton putih biasa untuk lapik belakang. Maybe next time saya akan letakkan batting and backing yang proper.

Kalau wat sarung tilam baby cenggini oun cantik kan.. Herm... Kene menyelongkar stok perca kain nampaknya nih.  hihihi...

Babai