PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Monday, December 17, 2012

SUDAH SIAP

Hai semua... Melalui hujung minggu yang sukar. Membuat kunjungan ke klinik, hospital, klinik dan hospital. Menghadapi saat-saat begini, mengingatkan betapa pendeknya jangka hayat yang boleh diberikan Allah SWT. Bila-bila masa sahaja kesihatan kita, kesenangan hidup kita boleh ditarik balik olehNya. Bagaimanapun Alhamdulillah, ujianNya yang sementara itu dapat dilalui dengan kesabaran. Sesungguhnya kita tidak akan diuji dengan perkara yang kita tidak mampu untuk menanganinya. Bagi saya ia satu peringatan untuk diri saya dan keluarga, ujian datang tanpa amaran dan tanpa kita menjangkanya.

Berbalik pada cerita tentang projek terbaru saya, akhirnya siaplah keperluan baby yang pertama saya sediakan. Sehelai sarung tilam. Maybe akan ada sehelai lagi menyusul. Takkan nak pakai tak basuh, ye tak..?
Ada kacau sket kat boder, kes tak cukup kain. :) Dan saya letakkan lace putih yang comei jek. Kang letak beso2 over la pulak.
Backing sarung tilam, saya pakai dark blue cotton. Kalau comot pun tak nampak sangat kan. Okeh.. Hasil nya cukup memuaskan hati saya sebab ini percubaan pertama. Still ada yang boleh diperbaiki. Insya Allah. 

And i am ready to take custom orders for this product. Upah RM 12 untuk sarung tilam biasa, RM 25 untuk patchwork. Material by customer.

Till we me again.

No comments:

Post a Comment