PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Saturday, January 19, 2013

Friday, January 18, 2013

LAGI2 PEASANT

Masa balik dari Nilai3 semalam singgah kat Nilai Square. My MIL nak beli kain pasang. Bukan takde kat Nilai3 tapi dah banyak sangat jadi putus selerea nak membeli. Kat Nilai Square pun takde orang. Almaklumlah Jumaat.

Pegi satu kedai yang terkenal ngan stok kain cotton nya, saya beli beberapa helai (nanti saya share gambo bebanyak yek) antaranya yang nih.

corak paisley yang cantik

Biasanya saya tak berapa suka corak ni, tapi yang ni nampak lain sket. Maybe with the right color combination its more attractive.
Petang semalam juga saya mengerjakan kain ni sebab BIL nak balik Tganu esok (Saturday) Saya terfikir something yang memang cepat, maka hasilnya jadilah begini. Dalam Sejam sahaja (off course with some interruption :))
a peasant blouse

With a matching pant of course.

Nak tunggu owner punya gambar with this new outfit. Bukan apa, kot2 terkecil / terbesar. Sebab saiz dia main agak2 jek.

Ada lagi projek menunggu. Tapi kene siapkan tempahan baju pelanggan dulu. Hermm.. Semoga sihat dan bertenaga sampai melahirkan... InsyaAllah.

Sunday, January 6, 2013

#3 - WHITE AND GREY

Bertemu kita dihujung minggu. Satu lagi projek sambil-sambilan. Tapi yang ni amek masa lama sket. Bukan pe, perca yang ni banyak tapi bukan besar. Terpaksa potong sana sket, potong sini sket bagi jadi cukup. Maka ini lah hasilnya.


 Dah color grey, maka ada sikit kelam lah jadiknya. Bila digabungkan bersama-sama...

Altogether i saved RM 10 for each case. Heheh itu pun kalau ada sarung dia yang jual RM10.00 satu. Yang ni confirm cotton... Kepuasan yang tak terhingga bila dapat pakai hasil kerja tangan sendiri. Lagi-lagi bila ada yang memuji. (tapi jenis yang puji ada makna tu, Allah saja yang tahu).

Sampai bertemu lagi.

Friday, January 4, 2013

#2 - BLACK AND WHITE

Seterusnya nak show off sarung bantal ni. Saya wat sambil2 tunggu nak keluar amek anak kat sekolah. Dalam setengah jam je dari potong kain sampailah menyarungkannya. Janji ukuran ngan susun atur nya tepat. Dengan kehadiran seorang jurugegas yang akan sentiasa menemani saya di rumah selepas ni maka bertambah laju lah saya watnya. Dia ni nampak je tecik, sembang buleh tahan (budak2 zaman le ning).

Saya bagi nama black and white pillow case.
Dan saya dah selamatkan RM10 untuk beli sarung baru. Yeehaaah...

Babaii..

Thursday, January 3, 2013

YOU ARE ON YOUR OWN

Selamat bersiaran. Cewah cewah.... Dah 3 hari melewati 2013. Pengalaman baru tahun ni My 1st daughter dah masuk standard one. Bukan tak pernah masuk sekolah sebelum ni, tapi dah masuk era sekolah rendah ni rasa macam sangat bermakna. Segalanya bermula di sini (motto sape tu eh).

Macam biasa, bukan saya sorang je yang excited, ramai lagi parents yang nampaknya lagi nervous daripada anak2 deorang. 1st day boleh gak nak tunggu dari pagi sampai tengahari. Dah masuk hari ke2 jenguk kat kantin je lah. Bukan apa, nak make sure yang dia boleh dah uruskan makanan sendiri kat sekolah. Lepas ni 'you are on your own' lah kat sekolah. 

Bagi parents lain yang masih tak boleh nak berenggang dari anak-anak tu, udah2 le... Serahkan pada kematangan anak2 kita untuk membiasakan diri di sekolah yek...

Cerita pasal jahitan plak. Kenal ke anda pada objek nih..?
Inilah dia batal peluk saiz raksasa. Gemuk sangat saya wat. Tapi untuk tuan dia memang sangat lah sesuai. Tuan dia takdelah gemuk.. cuma herm... (tak pikir la kenapa sesuai sangat) Pun berat sangat bantal ni. Almaklumle bukan diisi kekabu atau kapas. Isi dalam dia hasil daripada mengerjakan perca2 hari tu. Gunting halus2 n sumbat kat dalam batang bantal tu. Boleh bayangkan betapa banyak kain dok dalam tu..? Rentikan le. Memang banyak.

Ok.. Sampai jumpa lagi

Tuesday, January 1, 2013

STASH

Selamat tahun baru 2013. Dan selamat menunaikan azam baru. Sebelum tu, azam tahun lepas adakah terlaksana..? Tepuk dada tanya hati yek..

Azam saya tahun ni? Tanak tipu.. Tapi memang takde target nak simpan azam lebih-lebih. Cuma mengharapkan selamat segala-galanya (almaklumle dok tunggu due April nih). Kali ke3 sebenarnya lebih menyeramkan. Teringat pengalaman yang lepas2.

Ni cerita sebelum tahun baru. Punyalah mengemas bilik jahit haritu (itu pun sebab ada orang macam dah bersuara) heheh... Baru lah disedari yang banyak sungguh perca-perca kain yang saya simpan. Berkotak-kotak. Dari kain cotton, poly ke jersey. Banyak beno saya menjahit (kui kui kui). Dah potong2 simpan yang baki. Ini antara yang saya dah 'sorting'.


Kotak tu nampak je kecik, sebenarnya tinggi. Ingatkan nak buang je perca bebanyak tu (macam yang ada orang tu suggest heheh) Tapi teringat kat mak saya. Dulu2 masa dia menjahit (kecil-kecilan jek) dia selalu kumpul kain perca and tampal-cantum jadi alas tilam lah, wat kain tutup kereta, malahan selimut pun ada. Jadi dari situlah saya dapat ilham untuk menyimpan semula kain perca tu. Ni lagi selambak.


Saya cuma asingkan perca kecik n beso. Yang nampak memang dah tak boleh wat pape tu saya potong halus2. Nak watpe. Tunggu.... !!!!

Yang beso2 tu dah ada idea nak wat apa. Tapi menunggu kesempatan. Insya Allah nanti saya tunjukkan (kes tunjuk2 je nih). Semoga berjumpa lagi.