PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Tuesday, March 26, 2013

PROJEK KECIL-KECILAN

Ada lagi aktiviti menjahit ni.... kire projek last2 minute sebab ada lagi rupanya yang masih tak lengkap. Pegi jenguk stok2 kain, maka terjumpalah yang nih,
printed cotton
Beli kat nagoya Aeon Big Subang Jaya (formerly known as Carrefour). Maka bermulalah proses mengukur dan menggunting. Gedebuk gedebak.. Dalam 1/2 jam dah siap. Tadaaaa............
gambo kelabu
 Sarung bolster tu tak sama. Satu saya letak tali, satu lagi getah (shirred). Memang laju je wat yang ni sebab dah standby ukuran die. :)

Herm.. lepas ni apa plak ek....

Monday, March 18, 2013

BAJU KURUNG PEPLUM

Dek kerana nak menunaikan hajat anak-anak yang nakkan baju kembang2 yang sama cam tempahan customer itu hari, maka saya pun asah balik mood menjahit. (tapi percayalah... sesapa yang dah bese menjahit memang mood sentiasa ada, cuma larat or tak larat jek) dalam kategori saya ni, di'laratkan' gak le :)

Display sket peplum yang saya siapkan.

a) circle peplum kurung with pleated skirt
pandangan depan, model baru training 2 hari (keras)

pandangan belakang - baju labuh belakang, ala2 fishtail gitu

kain susun ala2 "box pleat"

b) gathered peplum kurung with circle skirt

pandangan depan - kain memang kembang setaman
dari belakang - rasa nak tambah sash, tapi macam dah ok jek.
Saya gunakan kain cotton untuk baju2 nih. Kalau pakai kain jenis yang lebih lembut, akan jadi lebih cantik lah baju anak2 anda. 

So kalau ada yang berminat nak tempah untuk diri sendiri or anak2 dara memasing, sila contact saya. Peplum kanak2 RM28 dan RM38 untuk dewasa.
Untuk semua jenis peplum saya charge sama kecuali skirt jenis "pleated flowy".

Anda boleh menggabungkan jenis2 peplum dengan skirt nya. Ada beberapa idea yang memang banyak memberi inspirasi sekarang memandangkan trend peplum tengah hangat di pasaran. Raya ni memang confirm populasi peplum bartambah-tambah lagi. Saya tengah fikir kombinasi lain yang ada (sempat lagi memikir pasal pesen sedangkan perut dah sarat beno..)

Monday, March 11, 2013

DIAPER BAG..?


Dalam dok buat preparation barang2 baby, baru perasan saya dah miss something. Dah lama bercuti ni, barang yang tak kurang pentingnya saya tak ada lagi. Maleh plak nak jalan2 lagi mencari. Last2 saya selongkar balik perca2 kain cotton yang saya kumpulkan itu hari. Dan saya dapatlah yang cenggini.
Kira dalam kelompok warna merah dan pink. So saya pun start ukur, potong, ukur lagi. Gosok, cantum, jahit dan langkah-langkah yang sepatutnya. 

Dipendekkan cerita, produk akhirnya cenggini le... Agak besar tali dia.. Next time kita kecikkan sket ke 1.5" shj.
Bahagian satu lagi.
Jenguk sket kat dalam.
Lining dengan kombinasi hitam-putih dan sket pink. Cuba teka apa yang takde... kui kui... saya telah terlupa memasang elemen yang sangat pentng. POKET aka COMPARTMENT dalaman dia... Termenung sekejap dok pikir apa lah yang saya kejarkan sangat sampai boleh miss that part. Sabo je la. Last2 redha je lah. Sebab dah maleh nak tetas2 lagi, saya pun masukkan lah barang2 keperluan baby untuk bawak masa memecut ke spital nanti. (ada gak rasa dalam hati nak wat beg yang lain... huhuh... sempat lagi ke..?)
Barangan ibu plak kita letak je lah dalam beg pakaian biasa. Dah kire "ternahak" kata orang Perak. Kome ponah dengo ke.. kekekek.. maksudnya lebih kurang "dah nak ter***** baru nak cari lubang".

Saturday, March 9, 2013

PROJEK BARU

Berjumpa di lembaran baru. Dah selesai menghabiskan tempahan customer. Lapang sket kepala ni. Baru lah boleh memikirkan apa plak nak dibuat lepas ni. Dengan keadaan diri yang dah tak berapa larat nak berdiri/berjalan lelama, ingat nak seal jek mesin jahit. Tapi tak sampai hati plak. Takut berkarat heheh... (takut tangan yang berkarat..)
Bebaru ni customer tu minta jahitkan anak-anak dara dia kurung peplum. Anak-anak dara saya yang 2 orang tu memang dah aim dari masa baju tu siap lagi... 
"kita nak baju macam tu jugak, mama. Satu warna merah, satu lagi warna hijau. Sebab satu nak pakai kat Tganu, satu lagi nak pakai kat Perak." Huhuhu.. demand yang sulung. 
"Adik pun sama, nak warna pink." kira kes tanak ketinggalan lah ni.
Insya Allah anak-anakku. First saya offer deorang pilih kain sendirik. Yang ni saya beli kira-kira 2 bulan lepas.
Then kak long pun pilih yang pink, adik yang kuning.(hemm.. tak dapek la nak fulfill hajat nak pakai merah, sakit mata ku dek) Saya book yang purple. Hajat di hati nak gak pakai peplum. Nampaknya terpaksa tunggu kurus dulu le yek.. :)
Dah start potong kain. Yang ni dulu.
Tunggu kesudahannya.
Tata...