Saya akhirnya dapat menyiapkan baju peplum ni 2 hari lepas.
Kalau selalunya kurung moden kita ketak zip kat belakang. Yang ni saya letak
kat depan. For nursing purposes. Practical.
Dan sebagai memenuhi janji kepada kekawan, saya wat sedikit
tutorial huhu atau cara buat peplum ni mengikut cara saya. Nak tolong advise
wat pola tu tak dapat le nampaknya. Sekarang ni menjahit pun main celup2 jek.
Almaklum..
So, mari kite.
1.
Ambil lah memana blouse atau baju kurung moden
sedia ada yang sedap dipakai.
2. Tekap atas surat khabar / tracing paper. Ikut
ukuran sebijik-sebijik sampai ke garisan pinggang:-
a.
Lebar bahu
b.
Ukuran ketiak depan belakang – tak sama yek
ukuran ketiak depan ngan belakang
c.
Ukuran dada
d.
Turun garis leher depan dan belakang
e.
Labuh & lebar lengan.
f.
Labuh baju sampai pinggang
g.
Labuh baju penuh – setelah dicantum peplum
nanti.
3.
Pola yang mesti ada kat kertas tu
a.
Badan depan – 1 keping
b.
Badan belakang – 2 keping
c.
Lengan – 1 keping
d.
Lapik leher – depan dan belakang
4.
Bila dan confident, meh ke langkah seterusnya
iaitu memotong. Harus di ingat masa trace ke atas kain, lebihkan 0.5” atau 1”
untuk kelim dan keselesaan. Nak selamat, besar sikit takpe. Kang sempit tak
celuih nak masuk J
5.
Potong Pola badan depan atas lipatan kain
6.
Manakala badan belakang x perlu atas lipatan.
Kene tambah 1” di bahagian tengah untuk
basi zip.
7.
Langkah menjahit ikut ini:-
a.
Jahit zip dulu
b.
Bila dah confirm zip tak tebalik huhu J
(selalu jadi nih) jahit plak lapik leher. Kat bahagian yang dekat kepala zip
tu, jahit selari ke bawah.
c.
Cantum lengan
d.
Last sekali cantum badan.
8.
Ukur lilit pinggang selepas cantum. Yang ni
kene amek kalkulator yek. Dah dapat ukuran tu bahagikan dengan 6.28. cth :- ukuran pinggang tu 28
divide by 6.28 = 4.45 inilah
nilai radius untuk skirt bahagian bawah baju tu. Amek satu kertas, lipat 4 dan
wat garis yang beradius 4.45 (tgk gambar)
9.
Ukur labuh skirt ( labuh keseluruhan baju –
labuh badan atas yaang dah siap cantum tadi. Katakan labuh keseluruhan baju 26
dan labuh badan atas yang dah cantum tadi 14, maka labuh peplum ialah 12.
Jangan lupa lebihkan untuk kelim ye.
10. Lipat
kain macam kita lipat kertas tadi iaitu 4. Dan letak kertas tadi betul2 kat
bucu penjuru kain (mcm gambar)
11. Potong
dan buang bahagian bulatan kat tengah tu. Pastu ukur panjang peplum pada kain
dan gunting. Bahagian yang bergaris petak halus tu
ialah yang harus dibuang. Ukur garisan sepanjang 12” untuk suku bulatan tadi
dan potong.
12. Cantum
badan dan peplum
13. Dah
siap.
Haduih penat gak yek buat tutorial nih. Penat mengarang
ayat supaya jadi logik dan mudah difahami. Tapi harap2 pada yang tak berapa
jelas sebelum ni buleh cerah sket mata yek. Kalau tak leh gak, meh tanya lagi.
Kalau tak leh gak lagi meh beli pola dari akak. Ada ngan cara wat lebih terprinci
lagi. Kite juai murah2 dah la yek. (promote le plak) okeh, selamat mencuba ye. Tata...
Mcm mne nak beli pola ? Minat. Tapi nak labuhkan. Blh ke?
ReplyDeleteSalam sis...sy berminat nk beli pola akk boleh? Bole akk whatsapp sy secepat mungkin? 0197180880
ReplyDeletepola budak ada jual ke?
ReplyDelete