PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Tuesday, October 14, 2014

BABY HAT

Assalamualaikum
Dek kerana cuaca panas sepanjang tahun, dan saya selalu bawa baby berjalan di tengah cahaya matahari masa jemput anak dari sekolah.. maka terjadilah kejadian yang comel ni (ya, bagi saya ianya comel sbb ia utk baby yang comel)
oh ya.. ada dua design dlm 1 topi ye.. agak2 bosan sket yang biru, tukar la pink plak.. herm..boleh tukar ikut kaler baju... heheh.. best gak idea 2 in 1 nih.

ahah... ada la sorang gadis cilik yang menjadi teman sepermainan anak saya masa menjadi penunggu di kantin sekolah.. dengan baik hati, makcik telah buatkan satu untuk mu si cilik..combination of heavy cotton and pure cotton.
tengok je ada hello kitty kat topi tu, lebo terus senyum die... sampai keluar gusi n gigi (agak keterlaluan plak ye) and the mummy was so kind... "i'll pay for the hat... penat2 u jahit kan..." makcik ok aje...

nanti ada topi baru kite update ye.. until then babaii..

Monday, October 13, 2014

RED AND POLKADOTS

Biar gambar berbicara. Penderaan mata..

shopping bag
6 outer pockets
1 inner pocket

Friday, October 10, 2014

NAFAS BARU

Assalamualaikum...
Lama beno tak menjenguk blog. Masih ada yang sudi singgah dan memberi komentar di sini. Banyak aktiviti kat fb je sekarang nih.
Meh nak bagi refresh sket... Projek CLUTCH. Memang ketagih dapat buat mende nih, sebab rasa macam lawo beno dah.. hehehhe.. perasan kot.. xpe perasan pun, janji pueh hati. Layan gambo yek..
yang ni suke sebab fabrik english style tu memang cun.. letak plak pink bow.. :)
yang ni projek recycle. suke sangat sbb kraf from jeans mmg ada kelainan.

yang ni member lama masa sekolah menengah tempah untuk anak dare die.. hopefully both of them are happy with it.

ada lah buatkan untuk anak.. as a pencil case.. bawak kat sekolah. member nak.. jadi kne lah buat byk sket. habes dah stock. makcik tak buat dah nak oi... sbb tukang kutip payment selalu lupe nk mintak hutang. mana yang dah terlupe tu acik halalkan je lah... :)

walaupun tang menjahit zip tu payah sket, hasilnya yang cun ni lah jadi pengubat. jangan cite lah jarum yang patah, sampai abes satu pek jarum dikerjakan.. kne pakai jarum saiz 14 lepas nih..
btw.. most of my clutch nih, pakai heavy cotton.. no wonder cantik2 kain nye.. huhuh perasan lagik.

ok chow dulu.. jumpe lagi di lain entri, dengan kraf2 yang lain plak.
assalamualaikum..

Thursday, March 13, 2014

SIMPLE BABY DRESS - A TUTORIAL


Assalamualaikum..

Seperti yang dijanjikan, inilah tutorial baby dress yang x seberapa dari saya. Hopefully, semua yang mengikuti tutorial ini berjaya menghasilkan sehelai dress yang cantik dan yang akan membuat anda tersenyum lebar kerana telah berjaya menghasilkannya SENDIRI. 

Tanpa berlengah lagi, seperti yang telah saya post dalam fb sebelum ini, potong kain anda mengikut pola tersebut.
pakai kertas flyers jek... heheh
 
Anda akan dapat 2 keping bahagian badan dan 2 keping bahagian lengan.



Teruskan dengan jahit tepi. (saya x jahit tepi semua satu masa heheh.. jimat benang kuikui)




   Kelim bahagian hujung lengan. Saya suka pakai jahitan zig zag ni utk pakaian baby n kanak2.. cute.
 



Cantumkan sebelah luar bahagian badan dan lengan. 

Jahit sehingga sampai ke bahagian hujung lengan shj. jgn sampai habis lengkok tu ye.


 Anda akan dapat hasil yang macam ni. 


Teruskan mencantum kedua-dua bahagian di atas.


Hasil nya akan jadi camni. Dah nampak bentuk dress kan..


Kelim pada garisan leher untuk diletakkan getah. Jangan lupa tinggalkan ruang sikit untuk masukkan getah ye.

Teruskan memasukkan getah. Panjang getah bergantung pada luas leher kanak2. Pastikan selesa. Kalau pendek sangat getahnya, nanti leher baju jadi kecil, kalau panjang sangat getahnya, luas sangat nanti lehernya. Seksa plak. Untuk baby saya ni, saya pakai 14". Bila dah selesai, jahit kan getah tu, jangan bg terputus. Ini cara saya.. 


Tutupkan (jahit) semula ruang yang ditinggalkan untuk getah tadi.


Akhir sekali, cantumkan badan dress tu. Kemudian kelim. Dah pun siap. Yang ni pattern sama cam dress yang belang2 tu.

Yang ni bahagian ruffles untuk dress polkadot ni. Ukuran ruffles ni adalah 2 kali lebar baju, meriah sket. Tinggi ruffles 2.5". Ni ikut suka lah kan.. Nak tambah boleh, kalau tanak tambah pun ok. Just kelim je bawah dress tu.

Kaedah saya wat kedut2 ni tradisional sket, banyak pakai pin. Dan ini lah hasilnya.


Memang puas hati buat baju untuk anak2 sendiri. Biar orang x puji pun. Janji kite happy kan.

Ok lah selamat mencuba. Tuto ni berdasarkan apa yang saya praktis masa wat baju ni, maybe ada yang tertinggal or tercicir. Maafkan saya kalau ada yang masih samar2. Boleh pm saya di fb saya. Insya allah saya cuba jawab.

Friday, March 7, 2014

JUBAH A CUT LAGI

Sessi menayang. Ni tempahan dari kawan masa belajar kat Manjung dulu. Dari pemilihan kain sampai lah kepada pattern, diserahkan kepada saya. Pening gak nak pilih untuk orang nih. Last2 wat theme brownish.. Terhasillah jubah ni.


Nak plak rasanya wat untuk diri sendiri. Nak pilih tema merah hitam boleh..? ehehhehe...
Berminat nak tempah ngan saya.. herm... murah2 jek... rm35 sehelai. Calling2 ye.

Friday, February 28, 2014

JUBAH A CUT PRINCESS

Mari potong kain.. actually dah potong kain ni on 18th Feb aritu. Masa tu tengah siapkan tempahan jubah customer. Ni kire melarikan diri sekejap dari tempahan yang kadang2 leceh nak siapkan.

Cam biasa sekarang semua jubah untuk diri sendiri kene letak zip.. almaklum, baby ku masih breastfeed. Alhamdulillah susu masih banyak. Rezeki anak. Meh layan gambo.

sebelum

Kembang kan jubah nih.. Senang nak buka langkah. Lagipun bile jalan ala2 ayu gitu.. ekekekek.. ayu beno kome..

Thursday, February 27, 2014

BABY DRESS

Dah lama (ye ke..?) tak menjahit dress utk baby ku. Last sekali peasant dress yang ala2 kelabu tu. Ini kali dress untuk si comel pakai kain perca jek.. hah.. perca jangan dibuang yong... boleh gak wat baju anak.. tapi anak yang kecik2 je le...

Kain lycra denim ni lebih wat jubah baru2 nih. Sebenonya malas gak nak mengerjakan perca2 ni. almaklum kne pikir lebih sket tang nak fit kan saiz perca tu ngan saiz dress tu. Tapi hasilnya memang tidak mengecewakan.


 Model dah boleh jalan2 sket. Lari je lah kejenya. Susah betui nak dok diam.Ni celah kerusi nyoroknya..


Pandangan belakang, ada butang satu. Skirt2 tingkat je... dah malas nak sambung2 kain. Kang lain lak jadinya. Dah pakai pun gi amek kakak2 kat skolah. Boleh lah.. berangin je.


Wednesday, February 19, 2014

A - CUT BLOUSE

Memang dah addicted to this new pattern. Bukan sahaja kerana senang nak potong dan jahit, ianya sangat selesa. Blouse pink ni, kene sambung kat hujung lengan tu sebab saya pakai kain bidang 45". Kalau x suka nak menyambung hujung lengan tu, guna kain bidang 60" ye.. Oh ya... satu lagi option, letak cuff kat hujung lengan tu... kan sekarang tengah glamer cuff yang panjang sket tu. eheheh.. Meh kite layan gambar..

Sehelai lagi blouse a-cut. Yang ni lain sket sbb saya potong bodice di empire line. Nak letak nursing zip kat garisan tu. So yang ni blouse a cut versi nursing. Yang ni x sambung hujung lengan walaupun saya guna kain bidang 45" je. Masa potong tu pola tu letak menegak lah pada kain. Yang tukang jahit memang tahu la ni.


Cantik plak letak lace putih. Selain nak tambah seri pada blouse ni, lace tu berfungsi utk menutup bukaan zip... in case lupa nak zip balik lepas pakai.. opppsss.. accident la kirenya...

Kat pergelangan jahit getah 4 line, senang nak menyinsing lengan.


Kalau perasan, bahagian bawah blouse ni macam flair sikit. Saya potong ala2 peplum, tapi 3/4 circle je. Tanak la kembang sangat. Herm.. Bagi yang pregnant perut tak berapa besar lagi boleh je pakai blouse nih. Selesa...

Friday, February 14, 2014

JUBAH FOR NURSING

Lagi jubah a cut. Kali ni ada nursing function. Zip di garisan empire. Material denim lycra. Berminat? Sila ke facebook.com/juneazmira



Thursday, February 13, 2014

JUBAH A CUT

Fesyen jubah ala-ala abaya tengah in sekarang. For me it is comfortable especially at the arm area. Laweh kata org perak heheh...Nak potong pun senang. One piece only.

Saya pun terpanggil lah nak mencuba pattern ni. Maka terlahirlah jubah2 nih. Koleksi peribadi? Dak aih... ini koleksi 'pattern testing' So saya nak jual murah2 jek.

Here we go...

1. JUBAH AMEERA - HITAM
    MATERIAL : JAPANESE COTTON
    SAIZ : BAHU 15", PANJANG LENGAN 21", LABUH 51"
    HARGA : RM65
    KEMASAN LENGAN DENGAN ROSES LACE


2. JUBAH AMEERA -KUNING
    MATERIAL : JAPANESE COTTON
    SAIZ : BAHU 15", PANJANG LENGAN 21", LABUH 51"
    HARGA : RM65
    KEMASAN LENGAN DENGAN ROSES LACE BUBBLE STYLE


3. JUBAH AMEERA - PUTIH
    MATERIAL : JAPANESE COTTON
    SAIZ : BAHU 15", PANJANG LENGAN 21", LABUH 51"
    HARGA : RM65
    HUJUNG LENGAN BERGETAH


Sekiranya berminat sila hubungi untuk pertanyaan atau ke facebook.com/juneazmira

Saturday, February 1, 2014

POLKADOTS

Projek sementara baby tidur. 10 minit dah siap. Dari perca jek. Boleh le pakai amek kakak2 dari sekolah.

Saturday, January 11, 2014

MAXI DRESS - NURSING

Assalamualaikum...

Nak share tempahan my dear sister yang baru sahaja melahirkan seorang baby boy. Dah 2 org boy dia ada heheh.. Kain viscose cotton. Polkadots. Nama je cotton, bercinte gak nak memotong nya. Yang dah biasa main viscose ni faham lah kan..

So die mintak wat nursing dress. Jadi terhasillah nursing maxi dress nih.


Saya letak invisible zipper kat depan for nursing purpose.



Pada yang nak menempah, sila call atau ke facebook.com/juneazmira

Nama : Nursing maxi dress, front zipper
Upah : RM 35.00

Wednesday, January 8, 2014

MUSLIMAH DRESS

Assalamualaikum...
Tengok anak2 org pakai cam cantik jek. Pastu saja try nak wat. Experimen kat anak2 sendiri lah kan.. Tapi memang berbaloi. Dua-dua suka sangat ngan dress ni.




Fabric JC dari Nagoya. Comel kan prints die. Memang perfect for girls.