PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Sunday, December 30, 2012

BARUT - STOCK CLEARANCE

Nak clear stock lama nih. 

Barut bayi
Ada 2 warna dengan corak yang sama.

Material   :   Cotton flannel
Tali           :   Ready made ( saiz lebar dari biasa, lebih kukuh )
Saiz         :    approx 21" X 5.5"
Harga      :    RM 4.50 (before RM 5.50) sehelai
Available 9 pcs only.

Bedung bayi

Material   :   Cotton flannel
Saiz          :    approx 36" X 36"
Harga      :    RM 13 (before RM 15 sehelai)
Available 2 pcs only (warna dan corak sama dengan barut)

Sila hubungi june (019-698249, nilai) atau yati (012-3976157, shah alam) COD area Nilai dan Shah Alam sekiranya berminat.

UPDATE : DAH CLEAR...

Wednesday, December 19, 2012

BARUT BAYI MURAH

Berjumpa lagi kita. Hari ni nak update stok barut baby. Confirm murah hehehe....

lengkung elak terkena najis
'top stitching' untuk kekemasan extra


Material   :    Barut dan tali dari kain cotton biasa
Saiz           :    + / - panjang 18", lebar 5.5"
                       tali 28" x 0.5"
Harga       :    RM 3.80 sehelai
                       Beli 10 helai RM 3.60
                       Beli 20 helai akan dapat pos percuma
Warna       :   Biru gelap, biru laut dan putih (warna lain akan saya update)


Sila call atau e-mail sekiranya berminat.

Monday, December 17, 2012

SUDAH SIAP

Hai semua... Melalui hujung minggu yang sukar. Membuat kunjungan ke klinik, hospital, klinik dan hospital. Menghadapi saat-saat begini, mengingatkan betapa pendeknya jangka hayat yang boleh diberikan Allah SWT. Bila-bila masa sahaja kesihatan kita, kesenangan hidup kita boleh ditarik balik olehNya. Bagaimanapun Alhamdulillah, ujianNya yang sementara itu dapat dilalui dengan kesabaran. Sesungguhnya kita tidak akan diuji dengan perkara yang kita tidak mampu untuk menanganinya. Bagi saya ia satu peringatan untuk diri saya dan keluarga, ujian datang tanpa amaran dan tanpa kita menjangkanya.

Berbalik pada cerita tentang projek terbaru saya, akhirnya siaplah keperluan baby yang pertama saya sediakan. Sehelai sarung tilam. Maybe akan ada sehelai lagi menyusul. Takkan nak pakai tak basuh, ye tak..?
Ada kacau sket kat boder, kes tak cukup kain. :) Dan saya letakkan lace putih yang comei jek. Kang letak beso2 over la pulak.
Backing sarung tilam, saya pakai dark blue cotton. Kalau comot pun tak nampak sangat kan. Okeh.. Hasil nya cukup memuaskan hati saya sebab ini percubaan pertama. Still ada yang boleh diperbaiki. Insya Allah. 

And i am ready to take custom orders for this product. Upah RM 12 untuk sarung tilam biasa, RM 25 untuk patchwork. Material by customer.

Till we me again.

Friday, December 14, 2012

SARUNG TILAM BABY

Rasanya saya sudah ketagih memotong dan mencantum kain kecik2. Buktinya... haha..


Ada lebihan kain wat baju tidur anak-anak lama dulu.. Saya combine dengan kain hijau polkadot hijau juga lebih wat baju tidur deorang. Dah potong, jahit dan potong kali kedua..

Jadi segtiga tu..! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. Saya cari jalan kat internet le... maka semua nya dah cantum dan jadi cenggini.

Saya tak ingat le pattern ni nama pe. Boleh tahan le untuk percubaan kali pertama wat ikut pattern. Letak border dari kain yang sama. Kita tengok full view hehehh (macam kembang setaman jek...)

Dek kerana kes tak cukup kain, maka terjadilah tampalan pada border tu. Ada nampak cacat sket. Tapi takpe... saya cukup puas ati. Tinggal nak letak lapik belakang jek. Lepas ni boleh tayang le sarung tilam for my 3rd baby yang dijangka lahir pada April ni. 
Ada sesapa nak try hasil kerja tangan saya..? Upah..? Tak tau le nak quote. Nanti kite pikirkan yek.. (ada hati gak nak amek tempahan..!)


Monday, December 10, 2012

SIAP SUDAH

Setelah berpenat lelah masa kenduri kahwin adik pada 8 Dec aritu, maka saya pun pulang semula ke Nilai... tempat perantauan. Sedih gak nak tinggal kampung (cewah.. jiwang) almaklum lebih 2 minggu dok ngadap muka mak ayah dan adik2 yang lain. Life must go on... Nanti kita balik kampung lagi.
 Back to the story... projek jahitan yang tertangguh saya dah mulakan balik. Tak sabo2 nak sudahkan and tengok hasilnya. Setelah diletakkan border... tadaaaa..

 Purple border for adik.

Pink for kak long. And they are ready to be used tonight...


Memang lain kepuasan dapat hasilkan something for our own use. Tak dapat nak digambarkan.
Saya cuma pakai cotton putih biasa untuk lapik belakang. Maybe next time saya akan letakkan batting and backing yang proper.

Kalau wat sarung tilam baby cenggini oun cantik kan.. Herm... Kene menyelongkar stok perca kain nampaknya nih.  hihihi...

Babai

Tuesday, November 27, 2012

DAH SEPARUH JALAN

Projek dah jalan separuh. Tinggal nak letak batting dengan kain alas belakang. Tengah tunggu hujung minggu nak pi cari kain. Al maklumle.. sekarang ni dah ada kat kampung. Kene tunggu pekan sehari baru ada peluang nak beli kain. Heheheh.. bukan apa, town yang paling dekat yang ada supply pun kire-kire 40 - 50km dari sini. Maleh nak drive.. buleh gitu?
Meh intai lagi perkembangannya..



Macam nak letak border plak.... Hem... wait and see..

Thursday, November 22, 2012

BEFORE AND AFTER

Post satu projek refashion.

Before (plain pink shirt)

 After ( ribbon tied cardigan)

Saturday, November 17, 2012

CUBA-CUBA

Hi there.
Nak share satu benda yang telah menarik minat saya sehari dua nih. Melihatkan anak-anak dara saya yang dua orang tu tak gemar berselimut (walaupun tidur dalam air-conditioned room) saya terfikir nak menjahit selimut ala-ala quilt gitu. Mana lah tau boleh buat deorang suka plak berselimut (harap-harap gitulah).
Saya dah pun mulakan dengan memotong kain untuk kak long. Meh nak intai sket projek cuba-cuba nih.


Baru susun2 jek. Saje nak tengok mana rupanya. Excited lak nampak hasilnya cam ni. Hem.. harap2 saya sabar le nak menjahit these small pieces of fabrics. Nak kene sambung gunting the rest. Most of it kain yang saya dah pakai untuk menjahit baju2 sebelum nih. 
So, nantikan hasilnya.
See you soon.

Wednesday, November 14, 2012

WARMING UP

Assalam...

A warming up project after the long break. Skirts for the girls. Baju tuk saya pun dah potong, cuma tak jahit je lagi. Will blog it in the next post.

stripey with ruffles

flowery ruffly pink
A simple sewing. Potong 4 segi je utuk skirt bodice dan ruffles. Part yang susah sket tang ruffles tu la.. Sudah dimodelkan, tapi.... tak seperti selalu masa cuba baju2 yang saya buat sebelum ni, both princess mcm tak berapa suka. I wonder why.
Yang sulung dah naik tahun1 tahun depan. Dia rasa dah besar la tu. Dan memang keluar pegi memana pun takde dah skirt pendek and shorts. So i understand. The second one, sekolah kat PASTI.. lagilah tak maunya pakai pendek2 nih. Cuti sekolah ni pun nak kene kumpul baju kurung pakai pegi sekolah. 
Alhamdulillah... Semoga berkekalan lah attitude tersebut. :)

Saturday, November 10, 2012

BARU

Hi semua... Tengah asah mood nak menjahit balik ni. Terfikir nak menjahit baju untuk diri sendiri. wat pakai kat umah. Memang selalunya saya pakai sempoi je kat umah. Dan lagi kat umah sendiri yang most of the day time memang dok sensorang jek, saya akan pakai as less as i can. :) Rimas.

Ada plan cuti sekolah ni nak balik umah mak lama sket. Sementelahkan ada adik nak nikah bulan 12 ni, husband suggest balik awal la sket. Rehat and tolong apa2 yang patut huhu... Bab rehat ok.. Bab menolong tu, taktau le apa yang saya boleh tolong sangat.

Ok...back to the topic. Saya terbang ke tempat saya slalu shopping kain2, dapatlah kumpulkan (cam banyak jek) fabrik2 nih.


Kain cotton murah jek. Nipis and tak panas. Maybe nak wat pattern  yang simple je kot. Bile tengok lelama yang stripey tu cam pelangi lak. Heheh... Sesuai ke nak wat baju. We'll see... Nantikan sambungannya.

Wednesday, November 7, 2012

Assalam...

Akhirnya selepas hampir 4 bulan... keadaan kembali pulih. Bukan seperti sedia kala tapi mengikut kesesuaian perubahan yang saya alami. Well, semua orang menghadapinya... ooppss... wanita sahaja... Now iam focussing on taking extra care of my health condition.. sehingga selamat bersalin..what a news..

Jadi hari ni, takat tu saja... to be continue.

Tuesday, August 14, 2012

WAITING LIST

Hi all... dah nak raya, dah tak pegi kerja, malam ni nak balik Changkat Lada (glamer beno tempat ni agaknya). Dah order gulei tempoyak dengan mak. Heheh... Projek menjahit untuk raya nampaknya dah stop. Lepas raya ni sambung balik. Dah ada projek menanti, huhuh... Nampaknya saya akan busy menjahit baju seperti ini... untuk diri sendiri.
source : pinterest

Maybe yang stylish sket macam ni.. 
from pinterest

 And the countdown begins....