PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Saturday, June 30, 2012

BLOUSE

Kali ni saya nak share (promote lebih tepat kot) keje tangan saya dalam menghasilkan blouse (mostly for myself)
As i mentioned earlier, i like to sew a peasant style blouse. It's simple and easy. Kalau bijak bermain dengan warna dan jenis fabrik, memang it will be a very high fashion blouse (betui ke ayat nih) Nak tunjuk beberapa peasant style blouse yang pernah saya buat.




Yang ni saya wat lengan dia lain sket. Hajat nak jadikan lengan belon. Tapi cam tak berapa jadik. Mungkin tak sesuai sangat for a long sleeved. Kalau lengan yang 3 suku lagi ok kot.


Yang maroon ni saya pakai kain jersey. Kain ni memang cantik wat baju yang style macam ni, flowy dan terletak cantik. Satu je masalahnya.. Paneh le pakai. Untuk jalan malam-malam sesuai le. Tapi dalam keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni, memalam pun cari a-cond. Betui ka.. Heheh.


Yang ni paling latest. Warna pink you ahaks... Saya wat panjang sket. Ingat nak pakai kat umah as a dress jek. Tapi dah lengan panjang cenggitu apa citenye. Mungkin matlamat saya masa wat tu memang nak pakai kat luo kot. Ok je saya pakai aritu pegi keje. Dengan kain atau skirt lebih sesuai sebab labuh dia menjangkau ke pars lutut. Kurang sesuai dengan seluar.


Baju anak-anak saya pun memang banyak yang peasant blouse. Senang nak potong dan jahit. Pastu kalau nak bagi deorang pakai sendiri takkan boleh tertukar depan-belakang, sebab dua-dua belah pun sama. (rahsia tau).


MAybe next time saya akan wat posting about other type blouse which i made. Till then, see ya around.

Friday, June 29, 2012

MY BAJU RAYA

Edisi baju raya lagi. Kali ni saya punya baju raya. 2 pasang je rasanya baju kurung untuk tahun ni. Bajet maleh nak wat le ni. Satu saya wat Kurung moden. Tapi memang sempoi jek. Leher bulat, baju belah tepi and kain selisih depan.
Dah siap, jadi cenggini. 
kurung moden belah tepi
kain selisih depan
Yang satu lagi ni sutera awani (orang kata awani, saya bagitau la awani). Ni bajet tahun lepas punya baju raya. Disebabkan takut nak memotong sutera, saya simpankan aje. Bukan takut nak potong je, nak menjahitnye pun tak pernah imagine. Kehkeh... Almaklumle... Mahai tu..!! Last2 tangan ni gak yang menyudahkannya. Selamat dah jadi baju. Saya wat kurung pesak gantung. Tapi saya suka sangat kaler dia.. hijau yang tenang.. So sweet. Preview sket



kurung pesak gantung
kain selisih depan
Lepas ni tanak lah menyusahkan diri beli sutera. Payah nak jaga, payah nak manage. Memang pakai selesa. Rasa elegan jek (mana tak elegan, mahai.. huhu) Tapi pada yang memang dah biasa, price doesn't matter. Macam saya yang memang tak banyak pakai baju kurung, dan beraktiviti agak lasak dengan baju kurung, memang lupakan saja lah. Cotton dah memadai dengan saya. Ada yang setuju ke...?
Ok lah, macam dah penat memerah ayat nak letak. Till next meeting, assalam..


Thursday, June 28, 2012

BLAUS RAYA

Baju kurung dah ada sepasang. Kene le ada plak t-shirt/blouse/tunic nak pakai jenjalan nanti. Herm... saya memang excited bab nak wat blouse untuk kedua puteri saya tuh. Kekadang tak sempat siap dah minta nak try. That's the joy of making clothes for them. Tak percaya.. Nanti try sendiri yek.
Meh intai projek raya yang kedua.
Dress... Herm tapi lebih tepat dikatakan blouse sebab kena pakai seluar sekali. Layan gambar yek.
pink untuk puteri 2
Kain beli kat Kamdar (yes.. that's why you all cam pernah nampak). Lengan tak berapa nampak flair sebab cotton ni nak kata tebal tak plak. Cuma memang tak nampak flair. 
oren untuk puteri 1
Yang orange ni import dari Bandung. Jauh beno berjalan kain nih. Actually kirim kat biras masa dia pegi Bandung hari tu. Mengenang kan harganya, memang terasa nak pegi beli sendiri. Murah... Murah...
kak long punya
Pandangan pada leher tak bape cantik. Macam kene letak gak satu butang. 
adik punya


Yang ni beli kat nilai3 jek. Favorite place to shop. (Heheh.. favorite ke..?)


Tips membeli belah kat nilai3. Bandingkan harga barang-barang yang anda nak beli dari satu kedai ke kedai yang lain. Memang confirm berbaloi. Tak percaya? Try dulu.


Kain yang ni saya beli sepasang RM20.00 kat gerai bawah bumbung biru tu (textile walk). Masa tengok dah memang berkenan. Tapi cam biasa saya jalan dulu. Manalah tau kot2 ada yang lagi cantik dan murah daripada tu. Saya masuk satu kedai kat area tu gak. Kedai kain ni ada dia letak lambang gedung fabrik terkenal. Memang dah agak kain-kain kat situ takde le dapat RM20.00 sepasang. Tetiba saya nampak kain yang saya tengok kat gerai luar tadi. Sebijik corak dia. Label dia pun sama. Saya pegang, rasanya pun sama. Harga ? RM 12.00 semeter. RM48.00 le sepasang. Saya pegi balik gerai tadi nak confirmkan apa yang saya tengok. Dah memang sah sama. Tak tau le kalau pandangan mata kasar saya tak nampak bezanya. Tapi memang saya terus amek je RM20.00 sepasang. Percaya atau tak, anda kena experience sendiri. Selamatkan poket anda. Huhuhuh...


Berbalik pada cite blouse ni. Kalau-kalau ada yang berminat nak tempah, call yek. Upah murah-murah jek. Sebab saya memang suka wat baju untuk gegirl nih. Nak tempah baju ibu dan anak sekali pun boleh. Sedondon le katakan.


Stop sini dulu. Till my next post, assalam..



Monday, June 25, 2012

BAJU RAYA

Tengok tajuk... memang beria nak raya. Tak pose lagi dah wat baju raya. Bukan takat tak pose, nengok anak bulan ramadhan pun idak lagi. Memang.. memang beria tahap melampau. Anyway, nak preview baju raya anak-anak dara yang 2 orang tu.
Memula baju kurung..
Tadaa... 
the baju
the kain
the shirred sleeve
Green color tahun ni. Kain beli kat Kamdar Ipoh. Jauh you beli kain! Heheh.. Actually beli masa pegi visit brother in-law kat sana.  Maybe our last visit to Ipoh huhuhu.. Deorang dah transfer ke Kedah. Boleh lah jalan-jalan Kedah plak lepas ni.
Saja saya siapkan baju deorang awal-awal. Takut-takut penyakit M.... datang masa dah last minute nanti, bahaye.. Satu keje pun tak menjadi. 
Ok.. Time to wrap. Till next post. Assalam..

Saturday, June 23, 2012

RAGLAN ANYONE..?

Hi all, dah lama tak post something. Macam bz sangat huhu.. Hidup bese-bese je lah. Rutins...
Hari ni nak cite pasal RAGLAN. Sebelum ni tak tau pun design shirt yang jenis ni dipanggil raglan. Memang cantik. Nak-nak kalau pandai padankan colors.. Okie, dipendekkan cite, i tried my first raglan few months back, menjadi la gak... Mana taknya, traced from original pattern. Huhu.. hasil daripada baju yang telah dirosakkan. Nak share a few of my raglans. Most of it untuk my husband.


blue - long sleeve
Leher yang ni tak berapa menjadi, sebab tak wat 'top stitch' kat keliling garisan leher tu.

blue - short sleeve
Dah menjadi. Leher pun dah kemas. Edisi seterusnya, layan gambar ek.
black n white
red black
red black
Yang ni saya ada letak (orang panggil apa ek) kat hujung lengan tu. Nampak lagi cantik. Lengan tu plak saya wat 3 suku. Well... quite ok.
white blue
Terfikir nak wat uniform tuk family. Heheh.. Pakai baju sama satu family pegi jejalan. Best gak idea tu. Nantikan kemunculannya.

Monday, June 18, 2012

JUBAH

Sekarang ni merata-rata kita tengok orang pakai jubah. Tak kira lelaki maupun wanita, dewasa ataupun kanak-kanak. Dan yang saya pernah tengok, bukan wanita bertudung sahaja yang mengenakan jubah ni, golongan yang sebaliknya pun dah menggayakan jubah. Memang cantik. Yang pakai jubah maxi pun apa kurangnya. Malah fesyen jubah dah di angkat ke peringkat antarabangsa juga dengan bermacam-macam design yang lebih modern. Cuma kadang-kadang, kedapatan pemakaian jubah agak lari dari matlamat sebenarnya. Sebagai wanita islam, berjubah seharusnya menutup aurat dan tidak terlalu menjolok mata. Renung-renungkanlah.
Actually saya nak share beberapa helai jubah hasil kreativiti saya (sejak bila plak jadi kreatif nih). Jubah saya pun ada evolusinya.
Fisrt jubah, badan dan kain jubah saya potong asing. Pastu saya letak getah kat bahagian cantuman pinggang tu. Herm... lelama pakai cam nampak tak kena plak. Yang ketara nya nampak plak pinggang yang tak berapa nak slim dah :( huhuhu Lepas tu saya tak pakai dah, cuma time nak keluar amek sidai kain/buang sampah kat luar rumah jek.



Second one saya try wat jubah ni. Pattern saya wat ikut nota jubah kak azima. (Siap beli nota tu!) tak berapa menjadi sebab bahagian bahu lengan agak ketat. Maybe masawat ukuran tu saya amek salah bacaan kot. Almaklumle ukur baju di badan sendirik huhuuuhuhu... Inilah hasilnya. Nasib baik kain tu saya beli RM10.00 je sepasang. Tapi cantik tau. Lembut and sejuk.
Then saya wat jubah ni. Still dalam trial version. Kain RM10.00 sepasang dari Nilai Square. Nak test pattern. Well... pattern ok, jubah ok, pakai pun ok.


Yang ni the last jubah i made. I tried with jersey lycra. Love the color. Very satisfied with the result. I managed to do gathered cuff.
 Intai sket (cuff) 
menjadi gak

** sila abaikan gamba selak pintu dan yang sewaktu dengannya.. Kene cari port lain plak lepas nih

Thursday, June 7, 2012

Circle Dress

Hi again.. Penat balik kampung tak hilang lagi. Kalu banyak RM memang berbaloi terbang ke dr KLIA ke K. Terengganu tu. Apakan daya... Heheheh... 
Ari ni nak cite pasal experiment wat circle dress. Fabrik floral hitam putih. Beli kat Nagoya Textile. I am very sure yang u all pernah gak terserempak ngan kain nih.. 


Dipendekkan cerita, hasil kerja tangan yang tak bape keras huhuhu... gini la rope nya.


circle dress

Nampak tak bape circle kan.. Tapi memang kembang. Memang sure gegirl akan berpusing-pusing once pakai dress nih.. Macam cik akak ni. 

Afina



Friday, June 1, 2012

BAJU KURUNG SEPHIA DAN ALYA

Miggu lepas dapat siapkan tempahan adik ipar. Baju kurung untuk anak-anak dia. Kain english cotton bought at jakel Shah Alam. Masa memula beli kain tu tak de le berkenan sangat, just amek je sbb dia request corak polka dot. Bila dah sampai kat umah belek-elek eh.. cantik lak tengok. Macam nak wat tuk diri sendiri jek. Sib baik orang dah tempah huhu...

Will be deliver to the owner at Kuala Terengganu..Balik kampung.. Meh nak preview sket.


Actually bukan lah baju kurung tradisional tu, bukan gak baju kurung pesak gantung. Design baju ni ala-ala kurung pesak gantung tapi pesak dia bersambung atas sampai bawah. Pernah tengok di jual di kiosk giant. isk.. isk.. Senang jahit tak yah penin-penin nak cantumkan pesak dia... (penin ke..!) huhu.

Ok.. di buka untuk tempahan. RM 12.00 sahaja. (t n c applies)