PROSEDUR TEMPAHAN

Assalamualaikumwarahmatullah... sekadar ingin berkongsi hasil kerja tangan untuk manfaat bersama

Monday, June 18, 2012

JUBAH

Sekarang ni merata-rata kita tengok orang pakai jubah. Tak kira lelaki maupun wanita, dewasa ataupun kanak-kanak. Dan yang saya pernah tengok, bukan wanita bertudung sahaja yang mengenakan jubah ni, golongan yang sebaliknya pun dah menggayakan jubah. Memang cantik. Yang pakai jubah maxi pun apa kurangnya. Malah fesyen jubah dah di angkat ke peringkat antarabangsa juga dengan bermacam-macam design yang lebih modern. Cuma kadang-kadang, kedapatan pemakaian jubah agak lari dari matlamat sebenarnya. Sebagai wanita islam, berjubah seharusnya menutup aurat dan tidak terlalu menjolok mata. Renung-renungkanlah.
Actually saya nak share beberapa helai jubah hasil kreativiti saya (sejak bila plak jadi kreatif nih). Jubah saya pun ada evolusinya.
Fisrt jubah, badan dan kain jubah saya potong asing. Pastu saya letak getah kat bahagian cantuman pinggang tu. Herm... lelama pakai cam nampak tak kena plak. Yang ketara nya nampak plak pinggang yang tak berapa nak slim dah :( huhuhu Lepas tu saya tak pakai dah, cuma time nak keluar amek sidai kain/buang sampah kat luar rumah jek.



Second one saya try wat jubah ni. Pattern saya wat ikut nota jubah kak azima. (Siap beli nota tu!) tak berapa menjadi sebab bahagian bahu lengan agak ketat. Maybe masawat ukuran tu saya amek salah bacaan kot. Almaklumle ukur baju di badan sendirik huhuuuhuhu... Inilah hasilnya. Nasib baik kain tu saya beli RM10.00 je sepasang. Tapi cantik tau. Lembut and sejuk.
Then saya wat jubah ni. Still dalam trial version. Kain RM10.00 sepasang dari Nilai Square. Nak test pattern. Well... pattern ok, jubah ok, pakai pun ok.


Yang ni the last jubah i made. I tried with jersey lycra. Love the color. Very satisfied with the result. I managed to do gathered cuff.
 Intai sket (cuff) 
menjadi gak

** sila abaikan gamba selak pintu dan yang sewaktu dengannya.. Kene cari port lain plak lepas nih

No comments:

Post a Comment